March 6th, 2006 by bilal-tiyan
" Brgsiapa berusaha menuntut ilmu, Allah akan memudahkan jalan baginya menuju ke syurga.." (al-Hadith)
Perjalanan hidup di dunia yang fana ini ibarat perlayaran untuk menuju ke destinasi pasti iaitu akhirat. Kehidupan di dunia ibarat persinggahan sebentar di perlabuhan yang penuh dengan ujian.
Seringkali kita terlupa akan ujian-ujian yang kita anggap kecil ini walhal kita terlalai untuk menghitung kembali. Ujian bagi remaja masa kini adalah untuk mengaut segala ilmu yang bermanfaat selari dengan masa yang cukup pantas meninggalkan kita. Sebagai remaja kita tidak perlu petah merasakan culasnya mencari dan terus mencari. Demi DIA kita di sini dan demiNYA jua kita kembali. Jangan cepat berputus asa dan kecewa kerana hidup dan mati kita hanya untukNYA..
writer-Bilal
Posted in Uncategorized | No Comments »
February 25th, 2006 by bilal-tiyan
"Memperteguhkan Jati Menganjak Kebangkitan Generasi Muda"
Tidak sepatutnya bagi orang2 yang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap2 golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu menjaga dirinya. (At-Taubah:122)
Posted in Uncategorized | 1 Comment »
February 14th, 2006 by bilal-tiyan
Dari pengalaman dan mimpi syeikh Abdul Qassim al-Qusyairi yang bermimpi tentang ayat2 syifa’ dan cuba mencarinya di dalam Al-quran bagi menyembuhkan anak perempuannya yang sedang sakit pada jangka waktu yang lama. Apabila diselidiki terdapat enam tempat pada Al-Quran yang mengandungi perkataan syifa’ iaitu:
1) Ayat 14, surah at-Taubah
2) Ayat 57, Surah Yunus
3) Ayat 69, Surah An-naml
4) Ayat 82, Surah al-Israk
5) Ayat 80, Surah asy-syu’ara
6) Atat 44, Surah Fussilat
caranya dengan menulis dalam lembaran dan direndamkan dlm air dan diminum ATAU membaca dan menghembuskan ke dlm air yang diminum.
Posted in Uncategorized | No Comments »
February 14th, 2006 by bilal-tiyan
1) Sebaik-baik wanita adalah apabila diberi sesuatu dia bersyukur dan apabila tidak diberi apa-apa dia bersabar, yang menyenangkan hatimu apabila kamu melihatnya dan mentaatimu bila kamu menyuruhnya(Hadith)
2) Tundukkan pandangan anda dan awas jangan semahunya sahaja dilepaskan kerana pandangan itu seperti panah yang berbisa.
3) Yang dilukai oleh lidah lebih sakit dari digigit. Barangsiapa yang berlembut lidahnya tentu banyak saudaranya.
4) Untuk mendapatkan bahagia bongkarlah kekotoran jiwa dari dada supaya iman masuk ke dalamnya kerana reban ayam yang dimasuki musang tidak akan dimasuki ayam.
5) Untuk mendapatkan jiwa yang bahagia ada 4 perkara, berani kepada kebenaran, tahu rahsia dari pengalaman kehidupan, pandai menjaga kehormatan batin dan adil walaupun pada diri sendiri.
Posted in Uncategorized | No Comments »
February 14th, 2006 by bilal-tiyan
Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan
kerana keinginan tidak pernah kesampaian
kukutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
bangkit semula meneruskan baki perjalanan
Berikan kekuatan, kumemohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan yang mencabar
kuanggap kegagalan bukan suatu kekalahan
tapi suatu kejayaan yang masih tertunda..
Kuminta diberikan sejenak kesempatan
untuk kuulangi langkah pertama
keperitan yang kurasa mengajar erti kesabaran
menyedarkan aku insan memerlukan Mu oh Tuhan..
Dirimbun keampunan mencari keredhaan
melerai segala rindu dan kecamuk di jiwa
ku cari kejernihan di segenap ruang maya
makin kusedar ku sedang diperhatikan Mu oh Tuhan..
-Hijjaz-
Posted in Uncategorized | No Comments »
February 4th, 2006 by bilal-tiyan
Erotologi yang ana paham adalah kata2 hikmat yang boleh dijadikan pembakar semangat ataupun psikology driver. Ruangan ini khas ana hadiahkan buat kawan lama ana, Abu Talib. Ana cuma membuka jalan kembali impian dia untuk mempunyai Bibiografi sendiri dalam dunia sastera dan ana yakin suatu hari nanti dia akan berjaya. Cuma waktu sekarang ana rasa dia terlupa dan sibuk dengan dunia. Buat sahabat ana ini, jika dia terlepas pandang melayari blog ana semoga dia kembali bersemangat dan terus mengapai pelangi indah di kaki bukit.. Teruskan janji anta dan ana sudah mencapai separuh dari jalan ana.. anta dah ketinggalan terlalu jauh.. Ana tetap mendoakan anta semoga berjaya.. Smg keluarga anta diberkati dan melahirkan anak2 yang cemerlang.. senyum2 slalu tau..
EROTOLOGI:
1)Berilah senyuman kepada semua mahkluk nescaya anda tidak akan percaya akan hasil yang anda perolehi.
2)Berfikirlah seperti manusia yang akan bertindak dan bertindaklah seperti manusia yang berfikir.
3)Kemahuan laksana beliung yang tajam mampu merintis jalan di hutan yang tebal.
4)Perbezaan antara orang yang berjaya dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu tetapi lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan.
5)Janganlah anda rosakkan hubungan suami isteri yang saling cinta-mencintai atau dua sahabat yang saling sayang menyayangi.
Posted in Uncategorized | No Comments »
February 2nd, 2006 by bilal-tiyan
Jatuh bangun seorang insan yang mencari cinta mengambarkan betapa DIA amat mengasihi hamba2NYA.. Aku kadang2 terpegun dgn kehidupan ini. Apabila kita berada di bawah putaran dan terasa dunia gelap dan tidak bermaya tatkala itu DIA mengutuskan rasa pengharapan kepadaNYA.. Tatkala kita merasakan dunia ini bukan milik kita lagi DIA menghiasi hati dengan sifat qanaah.. berpada dan mengharapkan yang sedikit.. kadang kala apabila kita berada di atas putaran kadang terlalai seketika tp Dia masih sayangkan kita bila DIA meniupkan rasa keinsafan.. Tuhan.. benarlah.. ENGKAU MAHA PEMURAH DAN MAHA MENGASIHANI.. Syukur kami rafa’kan kepadaMU. berkatilah hidup kami.. a-meen
Posted in De hearthy | No Comments »
January 27th, 2006 by bilal-tiyan
"Anggaplah dirimu didunia ini sebagai pengembara. apabila kamu berada di waktu pagi jangan tunggu sehingga waktu petang. Apabila kamu berada di waktu petang jangan tunggu sehingga waktu pagi. Gunakanlah masa lapangmu sebelum datang waktu sibukmu. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu.." (Al-Hadith)
Posted in Uncategorized | No Comments »